Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar 2011

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.  Bagi mereka yang tidak berjaya,jangan berputus asa dan terus berusaha untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang…

Maths Fair 2011

Pada Isnin yang lepas, pihak Panitia Matematik yang diketuai oleh En. Abdul Syahrin Abdullah telah mengadakan Math Fair 2011 bagi pelajar-pelajar di SKBN. Math Fair 2011 ini lebih menjurus kepada aspek penyelesaian masalah dan pemikiran ‘out of the box’ di kalangan pelajar. Beberapa permainan dan kuiz berkaitan dengan Matematik telah dibuat dan ia adalah hasil [...]

Mesyuarat Agung PIBG SKBN 2011

Pada 9 November lepas, Mesyuarat Agung PIBG SKBN telah diadakan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKBN En. Abg Saini Abg Harun. Beberapa perkara telah disentuh oleh beliau termasuk masalah berkenaan dengan pembelajaran pelajar SKBN. Selain itu, mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk pemilihan ahli exco PIBG SKBN yang baru bagi sesi 2012/2013. [...]

Sekitar Kem 1 Murid 1 Sukan Bahagian Sarikei

Pada 4 Oktober yang lepas, SK Bukit Nibong telah menghantar 2 orang murid untuk mengikuti Kem 1 Murid 1 Sukan anjuran PPD Sarikei di Kompleks Sukan Sarikei.  2 orang murid itu adalah Adik Patricia Dayak dan Adik Amirul. Kedua-dua mereka adalah pelajar tahun 5. Beberapa jenis sukan seperti hoki,bola sepak,sepak takraw, badminton, bola jaring dan [...]

Galakan semangat daripada pihak PPD Meradong

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat pelajaran Daerah Meradong di atas kesudian memberikan galakan semangat kepada pelajar-pelajar UPSR SKBN sebelum mereka menduduki UPSR. Sokongan ini sangat bermakna bagi kami, guru-guru SKBN dan pemangkin semangat bagi pelajar Tahun 6 kami untuk memberikan yang terbaik dalam mencapai sasaran UPSR pada tahun ini. Diharapkan galakan dan sokongan [...]

Majlis Solat Hajat untuk pelajar Tahun 6 2011

Majlis dimulakan dengan Solat Hajat yang melibatkan semua pelajar Islam dan guru-guru Islam di SKBN. Dalam masa yang sama, guru-guru dan pelajar Kristian turut melakukan ibadat di SK St. Augustine Bintangor. Selepas solat hajat, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian insentif berpuasa penuh bagi pelajar Islam yang berjaya berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan. Tahniah diucapkan kepada [...]

Sekitar kunjungan Nazir ke SKBN

Diharapkan dengan kunjungan Jemaah Nazir dari Bahagian Sibu dapat meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan warga SKBN.

Latihan Kecemasan Kebakaran SKBN 2011

Pada bulan Mei yang lepas, satu latihan kecemasan kebakaran telah diadakan yang melibatkan semua guru serta pelajar-pelajar di SKBN. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran dan persediaan semua warga SKBN jika situasi kebakaran berlaku. Diharapkan dengan latihan ini, semua warga sedar betapa pentingnya keselamatan ketika berada di sekolah.

Sekitar LDP di SKBN 2011

Penceramah LDP: Pn. Siti Fatimah

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.