Pertandingan Sulung Pelancaran Roket Botol Air 2011

This slideshow requires JavaScript.

Pada petang 23 Mei 2011, sebuah pertandingan telah dianjurkan iaitu Pertandingan Pelancaran Roket Botol Air 2011 di SKBN. Ia telah dipertandingkan kepada pelajar tahun 4 sehingga tahun 6. Sambutan daripada pelajar SKBN adalah sangat menggalakkan dan memberansangkan.  Nampaknya pertandingan ini dapat menarik minat mereka untuk mendekati dengan lebih rapat bidang sains dan matematik khasnya bidang astronomi.

Pada hari Khamis lepas, satu sesi demonstrasi pelancaran roket juga telah diadakan di hadapan pelajar-pelajar SKBN bagi pendedahan awal mereka tentang teknologi roket dan sebagai persediaan mereka sebelum pertandingan.  Borang daftar pertandingan juga turut diedarkan kepada pelajar-pelajar pada hari tersebut. Pelajar-pelajar diberikan selama 3 hari untuk menyediakan roket ciptaan masing-masing.

Sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan dalam setiap kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Roket Paling Jauh, Kategori Roket Paling Cantik, Kategori Nama Roket Yang Tercanggih.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari Khamis ini sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. :)

Terima kasih yang tak terhingga kepada guru yang terlibat iaitu Cikgu Azyyati dan Cikgu Fadzil

Karnival Ko-Kurikulum 2011 melabuhkan tirai…

Pada minggu lepas,Karnival KoKurikulum 2011 bagi SK Bukit Nibong telah berlangsung dengan jayanya.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf SKBN yang telah bertungkus-lumus memastikan karnival pada tahun ini berlangsung dengan lancar.  Tidak dilupakan dengan sokongan daripada pihak ibu bapa dengan sanggup ‘turun padang’ memberikan galakan kepada anak-anak mereka.  Berikut adalah rentetan aktiviti yang telah berlangsung:

Rabu

Pertandingan Kuiz Matematik ( ke-3) dan Sains ( pertama) anjuran Panitia Matematik  dan Panitia Sains SKBN telah bermula pada pukul 8.30 pagi.  Kuiz ini terbahagi kepada Tahap 2 sahaja.  Kuiz tersebut mempunyai 2 pusingan iaitu Pusingan Mental Arithmetik dan Pusingan Pengiraan. Selingan setiap pusingan kuiz ini turut melibatkan murid-murid lain yang menonton dengan beberapa soalan spontan ditujukan. Beberapa hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab dengan betul. :)

Selepas kuiz MT dan SC, pertandingan kuiz diteruskan lagi dengan Kuiz Bahasa Malaysia anjuran Panitia Bahasa Malaysia SKBN. Kuiz Bahasa Malaysia adalah yang pertama diadakan di SKBN sejak sekian lama.  Kuiz ini melibatkan murid-murid LINUS dengan soalan yang diajukan adalah lebih kepada suku kata perkataan. Semua penonton berasa sungguh seronok dan geli hati dengan gelagat murid-murid LINUS yang pelbagai.

Kuiz Bahasa Inggeris pula menyusul selepas Kuiz Bahasa Malaysia anjuran oleh Panitia Bahasa Inggeris SKBN.  Kuiz Bahasa Inggeris dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.  Kuiz ini bermula dengan Tahap 1 terlebih dahulu.  Kuiz ini mengandungi 3 pusingan.  Murid menunjukkan semangat bersaing yang baik di antara satu sama lain sepanjang kuiz pada tahun ini.  Ini menjadikan saingan dari segi mata pada tahun ini sangat rapat.  Semoga dengan ini akan meningkatkan pengetahuan murid-murid dan minat mereka terhadap matapelajaran yang dipelajari.

Pada sebelah petang, acara padang bagi Karnival KoKurikulum telah bermula.  Beberapa acara padang seperti acara lompat tinggi,acara lompat jauh, acara lompat jauh statik, acara lontar peluru dan acara lontar medicine ball telah berlangsung. Suasana semakin hangat dengan setiap murid masing-masing memakai baju mengikut warna rumah sukan.  Kehangatan suasana semakin menjadi-jadi dengan murid-murid yang tidak bertanding memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang mewakili rumah sukan mereka. Suasana menjadi riuh rendah dengan pekikan semangat daripada mereka. :)

Khamis.

Pada hari berikutnya, acara balapan pula berlangsung. Sebelum acara dimulakan, aktiviti senamrobik yang diterajui oleh para guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Rajang telah diadakan.  Acara balapan bermula dengan acara sukaneka bagi murid pra sekolah.  Selepas itu pelbagai acara balapan diadakan iaitu seperti acara 60m, 100m,200m, 4 x 100m, 4 x 200m dan acara jalan kaki.  Acara balapan pada hari ini, berlangsung dengan lancar sekali.  Walaupun matahari memancar dengan terik, ini tidak mematahkan semangat para guru dan murid untuk memberikan terbaik bagi memastikan setiap acara berlangsung dengan lancar.  Syabas diucapkan!!

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu keputusan keseluruhan Karnival Ko-Kurikulum 2011.  Pada tahun ini, johan disandang sekali lagi oleh Rumah Merah diikuti dengan Rumah Kuning, Rumah Hijau, dan Rumah Biru. Tahniah diucapkan kepada Rumah Merah yang telah menjadi johan selama 2 tahun berturut-turut. Diharapkan pada tahun yang akan datang, semangat kesukanan seperti ini dapat dikekalkan dan mampu mengeratkan lagi hubungan di antara guru,ibu bapa dan murid SKBN. Insya Allah.

Sekitar Perutusan Menteri Pelajaran

Pada hari Khamis yang lepas, semua guru dan murid SKBN dikehendaki menonton perutusan yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

This slideshow requires JavaScript.

Program Kepimpinan Pengawas

This slideshow requires JavaScript.

Pada 6 Januari 2011, Program Kepimpinan Pengawas telah diadakan oleh Guru Fadzil. Program ini juga turut dibantu oleh Puan Ramlah, Puan Baiduri dan Encik Abdul Syahrin. Program ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada pengawas-pengawas yang telah dipilih agar dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya pada tahun ini.  Mereka juga dilatih cara mengendalikan perhimpunan sekolah dan perhimpunan pagi. Peranan dan tanggungjawab juga turut diserap dalam program ini.

Slogan Pengawas SKBN

“TEPAT,TANGGUNGJAWAB,DEDIKASI’

 

Karnival Korikulum 2010

Pada 13 April 2010 hingga 15 April 2010 Karnival Kokurikulum 2010 telah diadakan di sekolah. Pelbagai aktiviti berupa kurikulum dan kokurikulum telah dilaksanakan seperti Pertandingan Kuiz Matematik Tahap II, Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Sukan Sekolah. Penyertaan pelajar pada tiga hari tersebut diwakili melalui rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Hijau.  Rumah Merah adalah pemenang bagi tahun ini, Syabas diucapkan dan semoga kemenangan tahun ini memberi lebih semangat untuk maju pada tahun hadapan dan setiap kekalahan yang dimiliki tidak dijadikan penghalang untuk terus berusaha.  ” Selamat Maju Jaya untuk semua”.

dmaj collections

Aktiviti Gotong-Royong Sekolah


MARI BERGOTONG-ROYONG WARGA SKBN

Program Motivasi & Gerak Gempur UPSR 2010

Pada 18 Februari 2010, Program Motivasi & Gerak Gempur UPSR 2010 (PMGG UPSR) anjuran sekolah telah diadakan di Pantai Alit, Kabong.  Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan memberikan kesedaran pentingnya UPSR dalam hidup murid-murid Tahun 6.  Ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha oleh guru SKBN untuk membantu anak-anak murid mengecapi kejayaan dalam hidup mereka.

Syukur kepada Tuhan kerana kesemua sesi yang dirancang sepanjang program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Terima kasih dan  penghargaan yang tidak terhingga kepada warga staf SKBN yang sanggup datang ke Alit demi menjayakan PMGG UPSR pada tahun ini.

Tidak dilupakan juga kepada SK Kampung Alit, Kabong di atas kesudian pihak sekolah membenarkan kami menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah.  Sumbangan guru-guru SK Kampung Alit tidak akan kami lupakan. Terima Kasih sekali lagi.

Continue reading

Sesi Fotografi Staf dan Pelajar SKBN

SESI BERGAMBAR 2010

Sila klik Read More untuk paparan gambar staf SKBN dan gambar kelas.

Continue reading

Pemilihan Pemain Bola Sepak & Bola Jaring SK Bukit Nibong 2010

Pada petang semalam, bermula pada pukul 3:00 petang, satu sesi pemilihan telah dijalankan dengan serentak untuk persediaan menghadapi pertandingan yang akan ditempuhi pada hujung bulan Februari ini.

Sesi pemilihan pemain bolasepak : En. Wan Mahala

Sesi pemilihan pemain bola jaring : En. Sapawi & Pn. Roseline

Gambar aksi… :)

Continue reading

Kelas Bimbingan Tahun 4, 5 & 6

Pada hari Isnin yang lepas, kelas bimbingan yang melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) telah bermula.  Ia bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan menangani kelemahan-kelemahan pelajar yang agak lemah dalam pelajaran.  Kelas bimbingan dilaksanakan dengan mengikut hari yang telah ditetapkan oleh PK 1 (En. Sapawi Hj Adenan).  Ia adalah seperti berikut:

Isnin : Matematik

Selasa : Bahasa Inggeris

Rabu : Sains

Khamis : Bahasa Melayu

Dengan Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang telah diberhentikan pada tahun ini, maka diharapkan dengan adanya kelas bimbingan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar dalam pelajaran mereka.

Klik Read More.. untuk gambar

Continue reading

Rancangan Mengajar Tahunan

Beberapa fail Rancangan Mengajar Tahunan  telah dimuat naik (upload)  ke Bahagian Download SK Bukit Nibong. Diharapkan dengan ini dapatlah kita sama-sama bersedia untuk persediaan mengajar untuk tahun hadapan 2010.

Anda juga boleh memuat turun Rancangan Mengajar Tahunan (RMT) dengan menggunakan BOX.NET di sebelah kanan laman web ini. Sila klik folder matapelajaran yang anda cari, dan klik sahaja. Lebih mudah!

Harap maaf jika terdapat fail yang agak ‘outdated’.

Penggunaan Komputer/Laptop Anda

Lawatan 1Malaysia 09

Pada 23 November 2009, satu lawatan telah dianjur oleh JPN iaitu Lawatan 1Malaysia ke Kuching. Program ini bertujuan adalah untuk memberikan pengalaman kepada murid luar bandar merasai kehidupan dan suasana di bandar.  Kami dari SK Bukit Nibong merasa sungguh bertuah dan berterima kasih kerana terpilih untuk menyertai program ini.

Seramai 8 orang murid (4 lelaki & 4 perempuan) bersama 2 orang guru (1 lelaki & 1 wanita) telah dipilih dari SKBN. Semua murid dari daerah Meradong telah dikumpulkan di Pejabat Pelajaran Daerah Meradong.  Setibanya di Lapangan Terbang Sibu, segala barang-barang didaftarkan dan diletakkan ke dalam kargo.  Murid-murid kelihatan sungguh gembira dan seronok kerana diberi peluang untuk menaiki kapal terbang buat kali pertama dalam hidup mereka.  Setibanya di Kuching, kami dibawa dengan bas menuju ke Kuching Park Hotel. Berikut adalah rentetan program selama 4 hari di Kuching. :)

Continue reading

Lawatan Tahun 6 Ke Kuching 2009

Pada 20 hingga 22 November yang lepas, SK Bukit Nibong telah mengadakan sebuah lawatan untuk pelajar Tahun 6 ke Kuching. Seramai 28 orang telah menyertai lawatan tersebut ke Kuching termasuk beberapa orang guru dan staf.  Pelbagai persiapan telah dibuat termasuk pengangkutan dan tempat kediaman di sana.

Perjalanan dari sekolah ke Bandaraya Kuching telah mengambil masa lebih kurang selama 7 jam. Sepanjang perjalanan, kami sempat singgah di Pantu.  Inilah kali pertama kami melihat keadaan pekan Pantu.  Kami tiba di bandar Kuching pada pukul 4 petang dengan keadaan hujan renyai.  Setibanya kami di asrama kediaman di Biro Wanita, kami pun bersiap-siap dan menikmati makan malam di Cafe Biro Wanita.  Segala kemudahan yang disediakan  sangat memuaskan hati.  Berikut adalah rentetan lawatan kami di Kuching.

20.11.09 (8.00 mlm) ->  Bersiar-siar di WaterFront Kuching.

21.11.09 (8.00 pagi) ->   Bersiar-siar di Pasar Serikin, Bau.

(12.30 tghari) -> Makan Tengahari di Cafe Biro Wanita.

(2.00 petang) -> Melawat Kampung Budaya.

(8.00 mlm) -> Membeli-belah di Pasar Satok.

22.11.09 (8.00 pagi) -> Melawat India Street.

(10.00 pagi) -> Melawat Muzium Negeri

(11.00 pagi) -> Berangkat pulang ke SK Bukit Nibong

Diharapkan dengan lawatan ini, murid-murid mendapat pengalaman yang menyeronokkan dan menggembirakan.  Di samping itu, ia boleh menjadi kenangan sepanjang hayat mereka selama mereka menuntut ilmu di SK Bukit Nibong.

klik “Read More” untuk gambar lawatan.:)

Continue reading

Kem 1Malaysia Peringkat Daerah

Pada 6 – 9 November lepas, satu kem iaitu Kem 1Malaysia telah dijalankan di SK Nanga Stras.  Seramai 12 anak murid dari SK Bukit Nibong telah berjaya terpilih untuk menyertai kem tersebut. Kem ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pelajar-pelajar yang pelbagai kaum dan mewujudkan konsep 1Malaysia dalam diri mereka. Kesemua pelajar begitu seronok dan gembira sekali sepanjang kem ini dengan berjumpa ramai kawan-kawan baru. Diharapkan kem ini akan diteruskan pada masa hadapan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.