Gotong Royong PIBG 2012

Sekalung terima kasih diucapkan kepada ibu bapa pelajar dan guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk mencantikkan dan membersihkan kawasan sekolah kita dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Diharapkan dengan aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara pihak ibu bapa dan guru demi merealisasikan impian para pelajar SK Bukit Nibong.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Terima kasih diucapkan kepada staf akademik SKBN dan warga penduduk Kampung Skim B yang bertungkus lumus menyiapkan sepanduk untuk perarakan Maulidur Rasul 2012.  Diharapkan tahun depan kita semua boleh berkumpul lagi.

Randau Ibubapa Murid Tahun 6 2012

Pada petang semalam, sebuah perjumpaan pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun 6 telah diadakan pada pukul 1.30 petang bertempat di Bilik Operasi SKBN.  Sekalung terima kasih diucapkan kepada pihak ibubapa murid tahun 6 di atas kesanggupan untuk meluangkan masa bersama-sama pihak sekolah bagi membincangkan masalah pembelajaran murid-murid Tahun 6 2012. Perjumpaan ini juga turut bertujuan [...]

Mesyuarat Agung PIBG SKBN 2011

Pada 9 November lepas, Mesyuarat Agung PIBG SKBN telah diadakan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKBN En. Abg Saini Abg Harun. Beberapa perkara telah disentuh oleh beliau termasuk masalah berkenaan dengan pembelajaran pelajar SKBN. Selain itu, mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk pemilihan ahli exco PIBG SKBN yang baru bagi sesi 2012/2013. [...]

Galakan semangat daripada pihak PPD Meradong

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat pelajaran Daerah Meradong di atas kesudian memberikan galakan semangat kepada pelajar-pelajar UPSR SKBN sebelum mereka menduduki UPSR. Sokongan ini sangat bermakna bagi kami, guru-guru SKBN dan pemangkin semangat bagi pelajar Tahun 6 kami untuk memberikan yang terbaik dalam mencapai sasaran UPSR pada tahun ini. Diharapkan galakan dan sokongan [...]

Mencari solusi terbaik…

Pada hari Jumaat yang lepas, pihak SKBN telah menjemput ibu bapa murid-murid Tahun 6 ke sekolah.  Ini bertujuan untuk berbincang dan mencari solusi terbaik bagi murid-murid sebelum menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pertemuan tersebut bermula dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKBN, En. Abg. Saini Abg Harun kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa [...]

Day 2 & Day 3 Pesta PIBG 2009

Hari Kedua & Ketiga (31 Okt & 1 Nov) Masa : 8:00 pagi – 6:00 petang Aktiviti: 1) Pertandingan Bola sepak 9 sebelah – dimenangi oleh pasukan L.E. 2) Lagu sponsor 3) Sukaneka – Shoot bola keranjang – dimenangi oleh Adeley Ajan – Baling & sambut telur – dimenangi oleh Cikgu Sapawi & Cikgu Inat [...]

Day 1 Pesta PIBG

Hari Pertama (30 Okt) Masa : 2:30 petang – 6:00 petang Aktiviti: 1) Pertandingan Bola sepak 9 sebelah 2) Lagu sponsor Klik “Read More” untuk gambar Hari 1 Pesta PIBG

Gotong Royong PIBG

Pada pagi tadi, aktiviti gotong-royong PIBG telah diadakan untuk persiapan Sukan PIBG yang akan berlangsung pada minggu hadapan, 30 Okt (Jumaat) – 1 Nov 2009 (Ahad). Pelbagai acara dan aktiviti telah dirancang untuk minggu tersebut seperti Pertandingan Bola Sepak dan Pertandingan Sepak Takraw.  Sukan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa pelajar dengan [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.