Posted on March 5, 2012 by sensitro9
Pada hari ini, sebuah perlawanan persahabatan telah diadakan di antara pasukan bola sepak SKBN 2012 menentang pasukan bekas pelajar T6 2011 SKBN. Perlawanan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta peluang kepada pemain-pemain beraksi dalam perlawanan sebenar. Pada separuh masa pertama,pasukan terbaik SKBN telah diturunkan oleh jurulatih pasukan, Cikgu Mohd. Syahril Ali bagi menghadapi pasukan lawan. [...]
Filed under: Bola sepak, Sukan | Leave a Comment »
Posted on January 19, 2012 by sensitro9
Bagi menghadapi Kejohanan MSSR Daerah Meradong yang akan diadakan selepas Tahun Baru Cina, Guru Penolong Kanan SKBN, Cik Azyyati Othman mengadakan 4 sesi pemilihan atlet bersama dengan En. Abdul Fadzil. Sesi pemilihan bermula pada 16 Januari 2012 pada pukul 2.30 petang dari hari Isnin hingga hari Selasa. Sesi pertama (Isnin) -> Balapan (lelaki) Sesi kedua [...]
Filed under: Olahraga, Program Sekolah, Sukan | Tagged: atlet, lelaki, olahraga, pemilihan, perempuan | Leave a Comment »
Posted on November 18, 2011 by sensitro9
Pada 4 Oktober yang lepas, SK Bukit Nibong telah menghantar 2 orang murid untuk mengikuti Kem 1 Murid 1 Sukan anjuran PPD Sarikei di Kompleks Sukan Sarikei. 2 orang murid itu adalah Adik Patricia Dayak dan Adik Amirul. Kedua-dua mereka adalah pelajar tahun 5. Beberapa jenis sukan seperti hoki,bola sepak,sepak takraw, badminton, bola jaring dan [...]
Filed under: Badminton, Bola Baling, Bola Jaring, Bola sepak, Hoki, Program Sekolah, Sepak Takraw, Sukan | Tagged: 1Murid 1Sukan, sk bukit nibong, SKBN | Leave a Comment »
Posted on July 6, 2011 by sensitro9
Pada 2 Julai (Sabtu) yang lepas, sempena menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan, Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan telah diadakan di seluruh negara dan SKBN turut tidak ketinggalan menyertai larian ini. Sesi pendaftaran larian ini bermula seawal 6:30 pagi dan sambutan serta sokongan ibu bapa sangat menggalakkan. Berikut merupakan kronologi aktiviti 1 Murid 1 [...]
Filed under: Sukan | Tagged: 1M1S, larian, program, sk bukit nibong, SKBN | Leave a Comment »
Posted on April 22, 2011 by sensitro9
Pada minggu lepas,Karnival KoKurikulum 2011 bagi SK Bukit Nibong telah berlangsung dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan staf SKBN yang telah bertungkus-lumus memastikan karnival pada tahun ini berlangsung dengan lancar. Tidak dilupakan dengan sokongan daripada pihak ibu bapa dengan sanggup ‘turun padang’ memberikan galakan kepada anak-anak mereka. Berikut adalah rentetan aktiviti yang [...]
Filed under: Karnival KK, Kuiz, Mental Arithmatik, Pertandingan, Program Sekolah, Sukan | 1 Comment »
Posted on March 1, 2011 by sensitro9
Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak SK Bukit Nibong di atas kejayaan menjuarai Pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah Meradong 2011. Berkat usaha gigih dan semangat yang kental daripada para pelajar dan guru merangkap jurulatih (En. Mohd Syahril Ali) telah membuahkan hasil yang membanggakan pada tahun ini. Diharapkan kejayaan ini akan berterusan dengan acara sukan yang [...]
Filed under: Bola sepak, Sukan | Tagged: 1Malaysia, bolasepak, kejayaan, kk, koku, kokurikulum, SKBN, Sukan | 1 Comment »
Posted on January 26, 2011 by sensitro9
Pada 20 Januari yang lepas, En. Abdul Syahrin & En. Fadzil telah mengadakan satu sesi pemilihan pemain badminton untuk mewakili sekolah pada bulan April nanti. Sesi pemilihan ini hanya diadakan untuk kategori pelajar lelaki. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah terpilih.Bagi mereka yang tidak terpilih, jangan berputus asa.
Filed under: Badminton, Sukan | Leave a Comment »
Posted on May 5, 2010 by skbukitnibong
Pada 13 April 2010 hingga 15 April 2010 Karnival Kokurikulum 2010 telah diadakan di sekolah. Pelbagai aktiviti berupa kurikulum dan kokurikulum telah dilaksanakan seperti Pertandingan Kuiz Matematik Tahap II, Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Sukan Sekolah. Penyertaan pelajar pada tiga hari tersebut diwakili melalui rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah [...]
Filed under: Pertandingan, Program Sekolah, Sukan | Tagged: bercerita, Kuiz, Sukan | Leave a Comment »
Posted on March 26, 2010 by sensitro9
Pertandingan Bola Jaring Antara Sekolah Rendah di daerah Meradong telah diadakan selama dua hari di SK Abang Amin anjuran SK Gemuan. Sebanyak 12 pasukan telah menghantar pasukan pada tahun ini. SKBN merupakan salah satu pasukan yang turut menyertai pertandingan tersebut. Pasukan Bola Jaring SKBN pada tahun ini diketuai oleh Adik Tamera ak Peter. Pasukan SKBN [...]
Filed under: Bola Jaring, Sukan | Tagged: Bola Jaring, Pertandingan, Sukan | 2 Comments »
Posted on March 21, 2010 by sensitro9
Pada 8 Mac 2010, Pertandingan Sepak Takraw peringkat Daerah Meradong telah diadakan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Bintangor. Pasukan SKBN telah menghantar dua buah pasukan dengan satu pasukan dibentuk untuk projek pembangunan bagi tahun depan 2011. Diharapkan dengan pertandingan ini akan memberikan pendedahan yang berguna untuk mereka. Regu pertama telah berjaya mendapat tempat ketiga dan [...]
Filed under: Sepak Takraw, Sukan | Tagged: Sepak Takraw, Sukan, takraw | Leave a Comment »
Posted on March 21, 2010 by sensitro9
Satu sesi pemilihan atlit olahraga Daerah Meradong telah diadakan untuk mencari bakat-bakat daripada sekolah rendah bagi mewakili daerah Meradong 2010. Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. SKBN telah menghantar satu pasukan seramai 10 orang atlit dengan bimbingan daripada En. Sapawi dan En. Abdul Fadzil. Seramai 5 orang pelajar dari SKBN telah berjaya terpilih [...]
Filed under: Olahraga, Sukan | Tagged: 2010, olahraga, pemilihan, Sukan | Leave a Comment »
Posted on February 27, 2010 by sensitro9
Pada hari Selasa yang lepas, satu perlawanan persahabatan di antara staf SKBN dan pasukan wakil sekolah SKBN telah diadakan di gelanggang SKBN. Perlawanan tersebut telah bermula pada pukul 3.40 petang selepas kelas bimbingan dengan diadili oleh En. Sapawi Hj. Adenan. Perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bertujuan untuk persediaan bagi pasukan bola jaring sekolah menghadapi Pertandingan [...]
Filed under: Bola Jaring, Sukan | Tagged: Bola Jaring, bukit nibong, friendly match, perlawanan, persahabatan, SKBN | Leave a Comment »
Posted on February 27, 2010 by sensitro9
Pada hari Isnin yang lepas (22 Feb 2010), satu sesi pemilihan untuk pemain bola sepak daerah Meradong telah diadakan di SK Ulu Binatang (10 km dari SKBN). Pada tahun ini, SKBN cuma mendapat tempat ke-4. Terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring (En. Mohd Razi & En. Wan Mahala) di atas usaha mereka. Diharapkan pada [...]
Filed under: Bola sepak, Sukan | Tagged: Bola sepak, bukit nibong, SKBN | 1 Comment »
Posted on February 13, 2010 by sensitro9
Pada petang Khamis, bermula jam 3:00 petang, satu sesi pemilihan untuk atlit olahraga 2010 telah diadakan oleh guru olahraga sekolah iaitu En. Sapawi Hj Adenan dan En. Abdul Fadzil. Sesi pemilihan ini juga turut dibantu oleh PK KK SKBN iaitu En. Wan Mahala. Diharapkan mereka yang telah berjaya terpilih akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempertahankan pencapaian [...]
Filed under: Olahraga, Sukan | Tagged: olahraga, pemilihan, sekolah, wakil | Leave a Comment »
Posted on February 11, 2010 by sensitro9
Pada petang semalam, bermula pada pukul 3:00 petang, satu sesi pemilihan telah dijalankan dengan serentak untuk persediaan menghadapi pertandingan yang akan ditempuhi pada hujung bulan Februari ini. Sesi pemilihan pemain bolasepak : En. Wan Mahala Sesi pemilihan pemain bola jaring : En. Sapawi & Pn. Roseline Gambar aksi…
Filed under: Bola Jaring, Bola sepak, Pertandingan, Program Sekolah, Sukan | Tagged: Bola Jaring, bolasepak, Pertandingan, sk bukit, sk bukit nibong | Leave a Comment »