Pertandingan Badminton MSSR Peringkat Daerah Meradong

Pada 12 Januari 2012 yang lepas, sebuah pertandingan badminton MSSR peringkat daerah Meradong telah diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor. SKBN turut sama menyertai pertandingan dengan menghantar 4 orang pemain iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 2 pelajarperempuan. Berikut merupakan keputusan pemain badminton SKBN: Perseorangan Lelaki : Fillon ak Sibat (pusingan kedua) Perseorangan Perempuan : Patricia [...]

Sesi Persekolahan 2012 telah bermula

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua warga pendidik di Malaysia amnya dan di SKBN khususnya. Diharapkan pada tahun ini akan menjanjikan kejayaan yang penuh gilang gemilang dalam akademik mahupun dalam bidang ko-kurikulum. Semoga segala cabaran mampu diharungi bersama-sama dengan jayanya pada tahun baru ini.

UPSR 2011

Semoga berjaya kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 dalam mengharungi Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR 2011.

Latihan Rumah Sukan Bermula…

Pada minggu ini,latihan rumah sukan sudah bermula. Nama rumah sukan pada tahun lepas masih dikekalkan iaitu Rumah Merah,Kuning,Hijau dan Biru. Para guru dan murid semuanya bersungguh-sungguh untuk merebut kejuaraan Sukan Tahunan pada tahun ini. Masing-masing membuat pemilihan atlit bagi acara-acara sukan yang dipertandingkan. Semoga tahun ini semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.AMIN.

Selamat Kembali…

Selamat kembali diucapkan kepada warga SK Bukit Nibong selepas bercuti selama 1 minggu bagi pertengahan penggal 1. Semoga murid-murid kian bersemangat untuk meningkatkan prestasi diri dalam pelajaran ataupun dalam bidang sukan.

Latihan sukan sudah bermula

Pada minggu ini iaitu minggu ke3 persekolahan, latihan untuk olahraga,bola jaring dan bola sepak akan bermula…Semoga jurulatih gigih dan sabar dalam memperkembangkan bakat dalam diri pelajar masing-masing….Go SKBN!!!

Selamat Kembali Ke Sekolah ^_^

Pada 3 Januari 2011,semua warga pendidik dan pelajar-pelajar mula hadir ke sekolah bagi sesi 2011.Pelbagai kerenah boleh diperhatikan pada hari Rabu yang lepas.Ramai ibu bapa yang hadir ke sekolah untuk menjelaskan bayaran yuran sekolah anak masing-masing.Murid-murid juga seolah-olah tidak sabar lagi untuk bersama-sama rakan di sekolah.Semoga tahun 2011 merupakan salah satu tahun yang cemerlang bagi [...]

Keputusan UPSR SKBN MENINGKAT…

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan pencapaian memberansangkan dalam UPSR 2010 dengan peningkatan peratus lulus meningkat kepada 80%.

SELAMAT KEMBALI BERSEKOLAH

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah kepada semua guru-guru dan murid-murid SKBN bagi sesi persekolahan 2010. Diharapkan masing-masing mempunyai azam baru untuk meningkatkan pencapaian untuk tahun ini.

Syabas Tahun 6 2009

Syabas diucapkan kepada pelajar Tahun 6 di atas pencapaian yang memberansangkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Syabas juga turut diucapkan kepada guru-guru matapelajaran yang sepanjang tahun bertungkus-lumus dalam mendidik dan membimbing pelajar. Semoga pencapaian UPSR tahun hadapan akan meningkat.

Program Bestari Solat

Pada hari ini, program Bestari Solat telah bermula. Murid-murid kelihatan seronok sekali mengikuti program ini. Selain itu, makanan serta minuman juga turut disediakan kepada murid. Diharapkan dengan adanya program ini, murid dapat memanfaatkan ilmu ibadah yang dipelajari untuk dipraktikkan di rumah.

Semoga Berjaya Murid Tahun 6 2009

Pada hari ini, Peperiksaan Pra UPSR Peringkat Negeri Sarawak telah dijalankan. Diharapkan semua anak-anak berjaya menjawab semua soalan dengan mudah dan yakin. Semoga kejayaan mengiringi anda.

SELAMAT HARI GURU (28 MEI 2009)

Pada 28 Mei yang lepas, kami mengadakan hari yang amat bermakna bagi semua guru-guru di SK Bukit Nibong bersama-sama anak-anak murid yang tercinta iaitu Sambutan Hari Guru. Sambutan pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada anak-anak murid. Di antara persembahan mereka: a) Nyanyian daripada Pra Sekolah. b) Boria daripada Tahun 5. c) Koir daripada [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.