Kami Warga Kerja Pendidikan SK Bukit Nibong, Meradong Dengan Penuh Tekad dan Iktizam Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk
- Berkhidmat Dengan Penuh Keikhlasan, Berdedikasi dan Bertanggungjawab Sejajar Dengan Falsafah dan Aspirasi Pendidikan Kebangsaan.
- Memberi Peluang Yang Saksama Kepada Setiap Anak Didik Tanpa Mengira Latar Belakang Agama, Keturunan dan Keupayaan Untuk Mendapatkan Pendidikan Yang Seimbang Dengan Sebaik-Baiknya.
- Menjalankan Segala Tugas Dengan Etika Kerja Yang Mulia, Bersih, Cekap dan Amanah Sepanjang Masa.
- Menyediakan Suasana Yang Selesa dan Menyeronokkan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui Perkhidmatan Penyayang Bagi Meningkatkan Prestasi dan Kualiti Pendidikan Keseluruhannya, dan
- Sentiasa Menyediakan Komitmen, Layanan dan Perkhidmatan Yang Mesra Serta Bijaksana Tanpa Perasaan Pilih Kasih di samping Sentiasa Membudayakan Adab Yang Bersopan dan Bertatasusila Setiap Masa.







