Sejarah Sekolah

A.  Asal Penubuhan

Sejajar dengan matlamat dasar kerajaan yang bertujuan membasmi buta huruf dan buta angka di kalangan rakyat terutama rakyat luar bandar, Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) telah menubuhkan sebuah sekolah di kawasan ini yang berhampiran kilang getah anak-anak peneroka di sini; yang terdiri daripada peserta-peserta kemajuan tanah berlandaskan getah yang dikendalikan serta diselenggarakan oleh pihak LKTS.

B.  Penubuhan Sekolah

Dengan mengetahui kepentingan dan pentingnya bidang Pendidikan untuk anak-anak peneroka ini dan bagi memenuhi matlamat kerajaan, maka ketua-ketua kaum pun dilantik.  Mereka telah menubuh sebuah badan untuk merancang pembinaan sekolah di kawasan ini.

Sebidang tanah telah diluluskan oleh Lembaga untuk tujuan murni tersebut.  Persetujuan telah dicapai daripada Majlis Daerah Bintangor (Binatang) untuk mendirikan sebuah sekolah di sini.

Dengan kerjasama dan kemuafakatan itu maka telah diwujudkan atau ditubuhkan pada awal tahun 1969 sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Rendah Kerajaan Meradong Scheme B (SK Meradong Scheme B) dengan jumlah murid yang berdaftar seramai 28 orang sahaja.

3.   Pembukaan Rasmi Sekolah

Bangunan lama sekolah adalah bertempat berhampiran dengan kilang memproses getah.  Oleh kerana suasana yang tidak sesuai dengan keadaan bunyi bising enjin kilang memproses getah di situ, maka pembinaan bangunan baru telah diadakan di sini pada tahun 1980.

Sekolah ini telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Ambrose ak Jelian, Menteri Muda Pertanian dan Pembangunan Masyarakat pada tanggal 10 Oktober 1980.

D.   Pertukaran Nama Sekolah

Pada tarikh 18 November 2005, nama sekolah yang lama (SK Meradong Scheme B) telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong, 96500 Bintangor. SARAWAK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.