Tahniah Pasukan Bolasepak SKBN

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak SK Bukit Nibong di atas kejayaan menjuarai Pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah Meradong 2011. Berkat usaha gigih dan semangat yang kental daripada para pelajar dan guru merangkap jurulatih (En. Mohd Syahril Ali) telah membuahkan hasil yang membanggakan pada tahun ini.   Diharapkan kejayaan ini akan berterusan dengan acara sukan yang [...]

Lawatan 1Malaysia 09

Pada 23 November 2009, satu lawatan telah dianjur oleh JPN iaitu Lawatan 1Malaysia ke Kuching. Program ini bertujuan adalah untuk memberikan pengalaman kepada murid luar bandar merasai kehidupan dan suasana di bandar.  Kami dari SK Bukit Nibong merasa sungguh bertuah dan berterima kasih kerana terpilih untuk menyertai program ini. Seramai 8 orang murid (4 lelaki [...]

Kem 1Malaysia Peringkat Daerah

Pada 6 – 9 November lepas, satu kem iaitu Kem 1Malaysia telah dijalankan di SK Nanga Stras.  Seramai 12 anak murid dari SK Bukit Nibong telah berjaya terpilih untuk menyertai kem tersebut. Kem ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan pelajar-pelajar yang pelbagai kaum dan mewujudkan konsep 1Malaysia dalam diri mereka. Kesemua pelajar begitu seronok dan [...]

Program Membaca 1Malaysia

Kami berasa sungguh bertuah kerana telah berjaya terpilih untuk menjalankan program ini di sekolah kami.  Murid-murid sungguh seronok dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan.  Pelbagai program yang menarik telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Program Membaca 1 Malaysia di sekolah-sekolah seluruh negara.  Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah:

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.