Sambutan Maulidur Rasul 2012

Terima kasih diucapkan kepada staf akademik SKBN dan warga penduduk Kampung Skim B yang bertungkus lumus menyiapkan sepanduk untuk perarakan Maulidur Rasul 2012.  Diharapkan tahun depan kita semua boleh berkumpul lagi.

Sesi Persekolahan 2012 telah bermula

Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua warga pendidik di Malaysia amnya dan di SKBN khususnya. Diharapkan pada tahun ini akan menjanjikan kejayaan yang penuh gilang gemilang dalam akademik mahupun dalam bidang ko-kurikulum. Semoga segala cabaran mampu diharungi bersama-sama dengan jayanya pada tahun baru ini.

Majlis Solat Hajat untuk pelajar Tahun 6 2011

Majlis dimulakan dengan Solat Hajat yang melibatkan semua pelajar Islam dan guru-guru Islam di SKBN. Dalam masa yang sama, guru-guru dan pelajar Kristian turut melakukan ibadat di SK St. Augustine Bintangor. Selepas solat hajat, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian insentif berpuasa penuh bagi pelajar Islam yang berjaya berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan. Tahniah diucapkan kepada [...]

Sekitar kunjungan Nazir ke SKBN

Diharapkan dengan kunjungan Jemaah Nazir dari Bahagian Sibu dapat meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan warga SKBN.

Salam Ramadan Al-Mubarak

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak bagi seluruh warga SKBN yang beragama Islam..Semoga tahun ini ibadat kita lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas..Amin.

Mencari solusi terbaik…

Pada hari Jumaat yang lepas, pihak SKBN telah menjemput ibu bapa murid-murid Tahun 6 ke sekolah.  Ini bertujuan untuk berbincang dan mencari solusi terbaik bagi murid-murid sebelum menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pertemuan tersebut bermula dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKBN, En. Abg. Saini Abg Harun kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa [...]

Pertandingan Sulung Pelancaran Roket Botol Air 2011

Pada petang 23 Mei 2011, sebuah pertandingan telah dianjurkan iaitu Pertandingan Pelancaran Roket Botol Air 2011 di SKBN. Ia telah dipertandingkan kepada pelajar tahun 4 sehingga tahun 6. Sambutan daripada pelajar SKBN adalah sangat menggalakkan dan memberansangkan.  Nampaknya pertandingan ini dapat menarik minat mereka untuk mendekati dengan lebih rapat bidang sains dan matematik khasnya bidang [...]

Sekitar Perutusan Menteri Pelajaran

Pada hari Khamis yang lepas, semua guru dan murid SKBN dikehendaki menonton perutusan yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

Program Kepimpinan Pengawas

Pada 6 Januari 2011, Program Kepimpinan Pengawas telah diadakan oleh Guru Fadzil. Program ini juga turut dibantu oleh Puan Ramlah, Puan Baiduri dan Encik Abdul Syahrin. Program ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada pengawas-pengawas yang telah dipilih agar dapat menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya pada tahun ini.  Mereka juga dilatih cara mengendalikan perhimpunan sekolah dan [...]

Perlawanan Persahabatan Staf SKBN vs Wakil Sekolah (SIRI 1)

Pada hari Selasa yang lepas, satu perlawanan persahabatan di antara staf SKBN dan pasukan wakil sekolah SKBN telah diadakan di gelanggang SKBN.  Perlawanan tersebut telah bermula pada pukul 3.40 petang selepas kelas bimbingan dengan diadili oleh En. Sapawi Hj. Adenan. Perlawanan persahabatan ini diadakan adalah bertujuan untuk persediaan bagi pasukan bola jaring sekolah menghadapi Pertandingan [...]

Pasukan Bola Sepak 2010

Pada hari Isnin yang lepas (22 Feb 2010), satu sesi pemilihan untuk pemain bola sepak daerah Meradong telah diadakan di SK Ulu Binatang (10 km dari SKBN).  Pada tahun ini, SKBN cuma mendapat tempat ke-4. Terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring (En. Mohd Razi & En. Wan Mahala) di atas usaha mereka.  Diharapkan pada [...]

Program Motivasi & Gerak Gempur UPSR 2010

Pada 18 Februari 2010, Program Motivasi & Gerak Gempur UPSR 2010 (PMGG UPSR) anjuran sekolah telah diadakan di Pantai Alit, Kabong.  Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan memberikan kesedaran pentingnya UPSR dalam hidup murid-murid Tahun 6.  Ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha oleh guru SKBN untuk membantu anak-anak murid mengecapi kejayaan dalam hidup mereka. [...]

Program RIMUP Aidilfitri

Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Aidilfitri akan diadakan di antara dua buah sekolah iaitu SK Bukit Nibong dan SJK Min Daik.  Program ini akan diadakan pada hari Selasa depan, 20 Oktober 2009 bertempat di SK Bukit Nibong. Pelbagai persiapan telah dijalankan untuk program berkenaan. -Gambar akan dimasukkan pada 20 Okt 2009

Olahraga Pembangunan 10 & 11 Tahun

Pada 1 Oktober 2009, satu kejohanan sukan olahraga pembangunan bagi murid berumur 10 dan 11 tahun telah diadakan di Kompleks Sukan Bintangor.  Semua atlet SK Bukit Nibong nampaknya memberikan komitmen yang tinggi dalam acara masing-masing.  Tahniah bagi mereka yang telah berjaya terpilih untuk mewakili daerah Meradong dan bagi mereka yang tidak terpilih, diharapkan agar untuk [...]

Countdown UPSR

Seminggu sahaja lagi UPSR akan dijalani oleh anak-anak murid SK Bukit Nibong bersama-sama dengan pelajar tahun 6 di seluruh negara.  Penuhi lah masa anda dengan ulangkaji pelajaran dan fokuskan terhadap sasaran anda. Mudahan anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.