Selamat Menduduki UPSR 2010

Kepada semua murid Tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010 pada minggu hadapan diucapkan Selamat Menduduki UPSR. “Semoga mendapat keputusan yang cemerlang”

Kelas Bimbingan Tahun 4, 5 & 6

Pada hari Isnin yang lepas, kelas bimbingan yang melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) telah bermula.  Ia bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan menangani kelemahan-kelemahan pelajar yang agak lemah dalam pelajaran.  Kelas bimbingan dilaksanakan dengan mengikut hari yang telah ditetapkan oleh PK 1 (En. Sapawi Hj Adenan).  Ia adalah seperti berikut: Isnin [...]

Rancangan Mengajar Tahunan

Beberapa fail Rancangan Mengajar Tahunan  telah dimuat naik (upload)  ke Bahagian Download SK Bukit Nibong. Diharapkan dengan ini dapatlah kita sama-sama bersedia untuk persediaan mengajar untuk tahun hadapan 2010. Anda juga boleh memuat turun Rancangan Mengajar Tahunan (RMT) dengan menggunakan BOX.NET di sebelah kanan laman web ini. Sila klik folder matapelajaran yang anda cari, dan [...]

Program Bestari Solat

Pada hari ini, program Bestari Solat telah bermula. Murid-murid kelihatan seronok sekali mengikuti program ini. Selain itu, makanan serta minuman juga turut disediakan kepada murid. Diharapkan dengan adanya program ini, murid dapat memanfaatkan ilmu ibadah yang dipelajari untuk dipraktikkan di rumah.

Program RIMUP Aidilfitri

Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Aidilfitri akan diadakan di antara dua buah sekolah iaitu SK Bukit Nibong dan SJK Min Daik.  Program ini akan diadakan pada hari Selasa depan, 20 Oktober 2009 bertempat di SK Bukit Nibong. Pelbagai persiapan telah dijalankan untuk program berkenaan. -Gambar akan dimasukkan pada 20 Okt 2009

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.