Gotong Royong PIBG 2012

Sekalung terima kasih diucapkan kepada ibu bapa pelajar dan guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk mencantikkan dan membersihkan kawasan sekolah kita dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Diharapkan dengan aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara pihak ibu bapa dan guru demi merealisasikan impian para pelajar SK Bukit Nibong.

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah 2012

Pada 11 Januari 2012 yang lepas, SKBN telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bagi tahun 2012. Seramai 22 orang pelajar terpilih telah menyertai kem ini yang diadakan termasuk pengawas PSS,ketua darjah,dan penolong ketua darjah. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Disiplin dan HEM SKBN. Kem dimulai dengan sesi penerangan oleh Guru Penolong Kanan HEM SKBN, [...]

Selamat Kembali…

Selamat kembali diucapkan kepada warga SK Bukit Nibong selepas bercuti selama 1 minggu bagi pertengahan penggal 1. Semoga murid-murid kian bersemangat untuk meningkatkan prestasi diri dalam pelajaran ataupun dalam bidang sukan.

Selamat Kembali Ke Sekolah ^_^

Pada 3 Januari 2011,semua warga pendidik dan pelajar-pelajar mula hadir ke sekolah bagi sesi 2011.Pelbagai kerenah boleh diperhatikan pada hari Rabu yang lepas.Ramai ibu bapa yang hadir ke sekolah untuk menjelaskan bayaran yuran sekolah anak masing-masing.Murid-murid juga seolah-olah tidak sabar lagi untuk bersama-sama rakan di sekolah.Semoga tahun 2011 merupakan salah satu tahun yang cemerlang bagi [...]

Aktiviti Gotong-Royong Sekolah

MARI BERGOTONG-ROYONG WARGA SKBN

Sesi pemilihan atlit olahraga 2010

Pada petang Khamis, bermula jam 3:00 petang, satu sesi pemilihan untuk atlit olahraga 2010 telah diadakan oleh guru olahraga sekolah iaitu En. Sapawi Hj Adenan dan En. Abdul Fadzil. Sesi pemilihan ini juga turut dibantu oleh PK KK SKBN iaitu En. Wan Mahala. Diharapkan mereka yang telah berjaya terpilih akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempertahankan pencapaian [...]

Karnival Hari Bakat dan Hari Kokurikulum 2009

Pada 12-14 Mei 2009, Program Karnival Hari Bakat dan Hari Kokurikulum 2009 telah diadakan. Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar-pelajar.  Di samping itu, program ini juga mampu melatih pelajar agar sentiasa menyimpan perasaan yakin diri yang kuat dalam diri mereka.  Di antara pertandingan yang diadakan adalah pertandingan bercerita, pertandingan deklamasi [...]

Makluman

Pada masa ini, seramai 8 orang murid kita sedang berlatih untuk menghadapi pertandingan yang mendatang iaitu dalam sukan olahraga dan sukan bolasepak.  Seramai 7 orang murid mewakili olahraga daerah Meradong dan 1 orang mewakili Bahagian Sarikei dalam sukan bolasepak. Kejohanan Olahraga akan diadakan di Kompleks Sukan Sarikei, pada 23 Okt 2008 – 24 Okt 2008.  [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.