Mencari solusi terbaik…

Pada hari Jumaat yang lepas, pihak SKBN telah menjemput ibu bapa murid-murid Tahun 6 ke sekolah.  Ini bertujuan untuk berbincang dan mencari solusi terbaik bagi murid-murid sebelum menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pertemuan tersebut bermula dengan ucapan aluan daripada Guru Besar SKBN, En. Abg. Saini Abg Harun kepada ibu bapa yang sanggup meluangkan masa [...]

Keputusan UPSR SKBN MENINGKAT…

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan pencapaian memberansangkan dalam UPSR 2010 dengan peningkatan peratus lulus meningkat kepada 80%.

Selamat Menduduki UPSR 2010

Kepada semua murid Tahun 6 yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010 pada minggu hadapan diucapkan Selamat Menduduki UPSR. “Semoga mendapat keputusan yang cemerlang”

Syabas Tahun 6 2009

Syabas diucapkan kepada pelajar Tahun 6 di atas pencapaian yang memberansangkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Syabas juga turut diucapkan kepada guru-guru matapelajaran yang sepanjang tahun bertungkus-lumus dalam mendidik dan membimbing pelajar. Semoga pencapaian UPSR tahun hadapan akan meningkat.

UPSR 2009 bermula…

Semoga semua murid tahun 6 SK Bukit Nibong menjawab semua kertas soalan dengan tenang dan penuh keyakinan. SKBN BOLEH!!!!!

Countdown UPSR

Seminggu sahaja lagi UPSR akan dijalani oleh anak-anak murid SK Bukit Nibong bersama-sama dengan pelajar tahun 6 di seluruh negara.  Penuhi lah masa anda dengan ulangkaji pelajaran dan fokuskan terhadap sasaran anda. Mudahan anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Semoga Berjaya Murid Tahun 6 2009

Pada hari ini, Peperiksaan Pra UPSR Peringkat Negeri Sarawak telah dijalankan. Diharapkan semua anak-anak berjaya menjawab semua soalan dengan mudah dan yakin. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.