Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pendidikan.

Welcome to SK Bukit Nibong pre-website.

Firman Allah Ta’ala : Harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup dunia, tetapi amal kebajikan yang dilakukan terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan-mu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Life is a journey from one point to another.
You know where you will end up
but you don’t know what route will get you there…
– Jennifer Robinson

Advertisements

Perlawanan persahabatan pasukan bola sepak SKBN 2012

This slideshow requires JavaScript.

Pada hari ini, sebuah perlawanan persahabatan telah diadakan di antara pasukan bola sepak SKBN 2012 menentang pasukan bekas pelajar T6 2011 SKBN. Perlawanan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta peluang kepada pemain-pemain beraksi dalam perlawanan sebenar.  Pada separuh masa pertama,pasukan terbaik SKBN telah diturunkan oleh jurulatih pasukan, Cikgu Mohd. Syahril Ali bagi menghadapi pasukan lawan. Setelah tamat separuh masa pertama,keputusan adalah sangat memberansangkan. Pasukan SKBN 2012 berjaya menewaskan pasukan T6 SKBN 2011 dengan 8 – 2.  Syabas diucapkan kepada para pemain kerana memberikan corak permainan yang sungguh tersusun. Pada separuh masa kedua, pasukan pelapis yang terdiri rata-rata daripada pemain T3,T4 dan T5 untuk pembangunan bolasepak SKBN telah diturunkan dan mereka juga turut memberikan semangat juang yang tinggi dan corak permainan yang menarik. Walau bagaimanapun,mereka tewas tipis dengan jaringan 0-1. Diharapkan dengan adanya perlawanan persahabatan sebegini akan banyak membantu para pemain SKBN menimba pengalaman sebanyak mungkin sebelum bertanding dalam Pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah Meradong pada hujung bulan Mac ini.

Gotong Royong PIBG 2012

This slideshow requires JavaScript.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada ibu bapa pelajar dan guru-guru yang sudi meluangkan masa untuk mencantikkan dan membersihkan kawasan sekolah kita dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Diharapkan dengan aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi jalinan silaturahim antara pihak ibu bapa dan guru demi merealisasikan impian para pelajar SK Bukit Nibong.

Sambutan Maulidur Rasul 2012

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih diucapkan kepada staf akademik SKBN dan warga penduduk Kampung Skim B yang bertungkus lumus menyiapkan sepanduk untuk perarakan Maulidur Rasul 2012.  Diharapkan tahun depan kita semua boleh berkumpul lagi.

Randau Ibubapa Murid Tahun 6 2012

Pada petang semalam, sebuah perjumpaan pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun 6 telah diadakan pada pukul 1.30 petang bertempat di Bilik Operasi SKBN.  Sekalung terima kasih diucapkan kepada pihak ibubapa murid tahun 6 di atas kesanggupan untuk meluangkan masa bersama-sama pihak sekolah bagi membincangkan masalah pembelajaran murid-murid Tahun 6 2012. Perjumpaan ini juga turut bertujuan untuk menyedarkan murid-murid bahawa ibubapa mereka sangat prihatin dan mengambil berat dengan akademik mereka.  Diharapkan dengan perjumpaan ini, perubahan yang positif akan dapat diperolehi bagi menghadapi UPSR 2012.

This slideshow requires JavaScript.

Sesi Pemilihan Atlet Olahraga 2012

Bagi menghadapi Kejohanan MSSR Daerah Meradong yang akan diadakan selepas Tahun Baru Cina, Guru Penolong Kanan SKBN, Cik Azyyati Othman mengadakan 4 sesi pemilihan atlet bersama dengan En. Abdul Fadzil.  Sesi pemilihan bermula pada 16 Januari 2012 pada pukul 2.30 petang dari hari Isnin hingga hari Selasa.

Sesi pertama (Isnin) -> Balapan (lelaki)

Sesi kedua (Selasa) -> Balapan (perempuan)

Sesi ketiga (Rabu) -> Padang (lelaki)

Sesi keempat (Khamis) -> Padang (perempuan)

This slideshow requires JavaScript.

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah 2012

This slideshow requires JavaScript.

Pada 11 Januari 2012 yang lepas, SKBN telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bagi tahun 2012. Seramai 22 orang pelajar terpilih telah menyertai kem ini yang diadakan termasuk pengawas PSS,ketua darjah,dan penolong ketua darjah. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Disiplin dan HEM SKBN. Kem dimulai dengan sesi penerangan oleh Guru Penolong Kanan HEM SKBN, Pn. Ramlah Mohd. Jamli di Bilik Operasi SKBN.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah diatur untuk kem ini.

a. Pengurusan Perhimpunan Sekolah

b. Penerangan tentang tugas-tugas untuk Pengawas, Pengawas PSS, Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah.

 

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan kem ini iaitu Guru Penolong Kanan HEM (Pn. Ramlah Mohd. Jamli), Pn. Baiduri Dris, En. Abdul Fadzil, dan Encik Abdul Syahrin.

Pertandingan Badminton MSSR Peringkat Daerah Meradong

Pada 12 Januari 2012 yang lepas, sebuah pertandingan badminton MSSR peringkat daerah Meradong telah diadakan di Dewan Masyarakat Bintangor. SKBN turut sama menyertai pertandingan dengan menghantar 4 orang pemain iaitu 2 orang pelajar lelaki dan 2 pelajarperempuan. Berikut merupakan keputusan pemain badminton SKBN:

Perseorangan Lelaki : Fillon ak Sibat (pusingan kedua)

Perseorangan Perempuan : Patricia Dayak ak Sudok (pusingan pertama)

Beregu Lelaki : Fillon ak Sibat & Mohd. Amirul Mohd Nor (Tempat ke-3)

Beregu Perempuan : Umi Maisyarah & Cryshalya Erna (Tempat ke-4)

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SKBN yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 terbaik dalam daerah Meradong. Adik Fillon ak Sibat telah berjaya terpilih mewakili daerah Meradong untuk ke Pertandingan Badminton MSSR Sarikei yang dijangka diadakan pada 3 Februari 2012.