Pasukan Bola Jaring SKBN 2010

Pertandingan Bola Jaring Antara Sekolah Rendah di daerah Meradong telah diadakan selama dua hari di SK Abang Amin anjuran SK Gemuan.  Sebanyak 12 pasukan telah menghantar pasukan pada tahun ini. SKBN merupakan salah satu pasukan yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Pasukan Bola Jaring SKBN pada tahun ini diketuai oleh Adik Tamera ak Peter.  Pasukan SKBN telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan SK Ulu Binatang, SK St. Augustine, SK Nanga Stras, SK Selidap, dan SK Gemuan. Berikut adalah keputusan setiap perlawanan pasukan SKBN:

Continue reading

Pemilihan Pemain Bola Sepak & Bola Jaring SK Bukit Nibong 2010

Pada petang semalam, bermula pada pukul 3:00 petang, satu sesi pemilihan telah dijalankan dengan serentak untuk persediaan menghadapi pertandingan yang akan ditempuhi pada hujung bulan Februari ini.

Sesi pemilihan pemain bolasepak : En. Wan Mahala

Sesi pemilihan pemain bola jaring : En. Sapawi & Pn. Roseline

Gambar aksi… 🙂

Continue reading

Kuiz ‘Spelling Bees’ Bahasa Inggeris 2009

27062009366

Pada 27 Jun 2009 yang lepas, Panatia Bahasa Inggeris telah mengadakan kuiz ‘Spelling Bees’ di Dewan Sekolah.  Program kuiz tersebut telah dijalankan dengan jayanya oleh semua guru dan AKS sekolah.  Kelihatan juga murid-murid yang mengikuti kuiz tersebut seronok bertanding bersama rakan-rakan.  Pertandingan kuiz ini telah diadakan di antara rumah sukan sekolah iaitu Rumah Rentap, Rumah Sharif Masahor, Rumah Kanang, dan Rumah Rosli Dhobi.

Berikut adalah keputusan yang diperolehi untuk Kuiz ‘Spelling Bees’ tersebut:

Tempat Pertama : Rumah Rentap

Tempat Kedua :  Rumah Sharif Masahor

Tempat Ketiga : Rumah Kanang

Tempat Keempat : Rumah Rosli Dhobi

Tahniah diucapkan kepada rumah sukan yang telah berjaya.  Bagi rumah sukan yang tewas, jangan lah berputus asa dan cuba dengan lebih baik pada tahun hadapan.

Dengan ini, diharapkan pertandingan seperti ini akan terus dijalankan pada masa yang akan datang dan ini ditambah lagi dengan hasrat pihak Kementerian Pelajaran yang mahu BI diperkasakan di sekolah rendah selepas pemansuhan program PPSMI.

Lagi gambar

Continue reading